News

JALAN BATANG MARO: Jalan ditembok elak terus dilimpahi ketika air pasang besar

BERIKUTAN air pasang besar beberapa hari lalu, jalan utama menuju ke Kampung Batang Maro dilimpahi air sehingga menyebabkan ia tidak selamat untuk digunakan.

Pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan respon lanjut tentang perkara tersebut.

Menurut JKR, pihaknya akan membuat anggaran untuk menembok jalan yang terjejas.

"Sebenarnya pada masa ini JKR sedang menambah (menembok) batu pada jalan tersebut.

Jalan menuju ke Kampung Batang Maro
Jalan menuju ke Kampung Batang Maro

"Jadi, dalam masa yang sama kita minta penduduk memaklumkan berapa tinggi paras air yang melimpah dari jalan... maka, senang untuk kita membuat anggaran kerja menembok jalan yang terjejas.

"Ia bagi mengelakan air melimpah berulang ketika musim air pasang besar," katanya melalui aplikasi WhatsApp.

Jalan utama Kampung Pusa juga dilaporkan ditenggelami air ketika air pasang besar.

Dalam hal berkenaan, pembantu ADUN menjelaskan pihaknya berusaha dan mengharapkan kerajaan tahun ini dapat menyediakan peruntukan untuk meninggikan jalan di Kampung Pusa yang sering ditenggelami air.

Dalam perkembangan berasingan, aduan gangguan bekalan air di Kampung Pusa sejak dua hari yang lalu juga telah dirujuk kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Untuk makluman awal, terdapat kebocoran paip utama menuju ke Pekan Pusa.

Sekiranya perkara ini berlarutan, pihak JBALB diminta untuk menyalurkan bekalan air melalui lori tangki.

Search