JUMAAT, 19 NOVEMBER 2021
BETING MARO: Penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro sedang giat memasang bendera di kawasan masing- masing bagi menghadapi Pilihan Raya ke-12 (PRN 12) yang akan datang.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan para penyokong di kawasan tersebut sudah bersedia bagi menghadapi PRN nanti.
Sehubungan itu, gerak kerja ini membuktikan bahawa kerusi bagi kawasan tersebut merupakan hak milik GPS serta penduduk di kawasan tersebut menolak ‘orang luar’ sebagai calon GPS pada PRN akan datang.-EDISI UKAS