Raya ke 3, 5 May 2022
Yb Hj Razaili Gapor berkunjung ke kediaman Yb Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Dalam pertemuan tersebut, Yb Hj Razaili Gapor sempat bertanyakan berkenaan program-program berkaitan di bawah kementerian yang boleh di laksanakan di kawasan
beliau.
Salah satu antaranya ialah program Homestay/Roomstay di bawah MOTAC. Insha Allah akan ada sesi pertemuan pengusaha-pengusaha ini bersama pegawai-pegawai daripada MOTAC.
Di samping itu, program-program yang sedia ada di Beting Maro seperti Pesta Pusa, Food Festival, dan Regatta Lumba Perahu turut juga di sentuh. Berbekalkan maklumat/info yang diberi oleh Yb Dato’ Sri Hajah Nancy, program-program ini akan dapat dirancang dan dilaksanakan di kawasan Beting Maro.
Hadir sama bersama Yb Hj Razaili Gapor ialah Sdra Mohamad Shafizan, Sdra Zakaria Mos, SAO Iszarul Japar, dan Sdra Dr Bolhan.