SABTU, 14 OKTOBER 2023
PUSA: Pementasan bangsawan Panglima Nikosa Menjadi Raja tampil sebagai karya agung negeri ini.
Ia telah memberi aura perubahan kepada masyarakat setempat kerana budaya, adat mahupun warisan tidak akan hilang jika ia dijaga dan dipelihara di samping mencungkil bakat dan kebolehan generasi muda yang mahu memperjuang teater bangsawan.
Pementasan tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor di Dewan Masyarakat Beladin, Pusa pada Jumaat.
Selain itu, pementasan tersebut diadakan bagi menghidupkan kembali sejarah bangsawan dalam arus kemodenan era digital.
Malah ia dilihat sebagai wadah karya seni agung Sarawak kepada masyarakat di seluruh negeri ini.-EDISI UKAS