PUSA: Masyarat Islam disaran untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan sederhana.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, langkah itu perlu bagi memastikan keperluan mencukupi pada masa akan datang.
“.Jangan terlalu membazir ketika belanja dan ikutlah kemampuan yang ada,” katanya demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al Amin Beladin dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kampung Beladin pada Jumaat.
Tambahnya, kemenangan pada hari lebaran kelak adalah kepada yang menjalani ibadah dengan khusyuk di bulan Ramadan ini.
“Tingkatkan amal ibadah, solat malam, berzikir serta membaca Al Quran kerana dengan amalan tersebut ianya akan mendatangkan pahala yang besar dan berlipat kali ganda terutamanya pada 10 hari terakhir bulan Ramadan ini,” jelasnya.
Dalam majlis tersebut, Razaili telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada PAWE Kampung Beladin di samping menyampaikan duit raya kepada 33 orang warga emas dan 18 orang kepada jawatankuasa pengurusan Masjid Al Amin Beladin. -EDISI UKAS