PUSA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor meneruskan jelajah sempena Ramadan dengan menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada asnaf di Kampung Beladin, Pusa.
Majlis diadakan di Masjid Al Amin Beladin, Pusa pada Khamis itu menyaksikan sebanyak 90 bakul makanan disumbangkan kepada asnaf bagi meringankan beban mereka.
Difahamkan senarai penerima adalah dipilih oleh ketua kampung yang telah dilantik dan memgikut kelayakan yang diperlukan.
Razaili dalam kata-kata ringkasnya berkata menyeru masyarakat di situ mensyukuri nikmat menyambut bulan Ramadhan tahun ini dalam suasana yang aman dan damai berbanding dengan nasib saudara Islam di tempat lain seperti di Palestin dan sebagainya.
Beliau juga mengajak umat Islam memanfaatkan Ramadan dengan melakukan amal ibadah agar diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
Pada sebelah petang pula, Razaili menghadiri Program Jelajah Ihya Ramadan Peringkat Bahagian Betong di lokasi sama
Menurutnya, program itu diadakan bagi mengeratkan lagi masyarakat dan meraikan serta menghidupkan bulan Ramadan yang mulia ini.
Dalam majlis tersebut, beliau akan menyampaikan sebanyak 15 bakul makanan kepada asnaf di sekitar kawasan Beladin. - EDISI UKAS