Rahmah Kepada Semua

Daripada Abu Musa al-Asyari, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kamu tidak dikira beriman sehingga kamu berkasih sayang (saling rahmah). Para Sahabah berkata: Wahai utusan Allah, kami semua telah berkasih sayang. Baginda bersabda: “(Maksud aku) bukan seperti kasih sayang seseorang kamu terhadap kawannya, tetapi rahmah kasih sayang terhadap seluruh manusia, rahmah secara umum”

 (Riwayat al-Haythami dalam Majma’ al-Zawaid 8/189, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7418. Status: Hasan Lighairihi dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 2253)
عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ , أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : " لن تُؤْمِنوا حتى تَراحموا قالوا يا رسولَ اللهِ كُلُّنا رحيمٌ قال إنه ليس برحمةِ أحدِكم صاحِبَه ولكنَّها رحمةُ الناسِ رحمةُ العامَّةِ

 

Pengajaran:

1. Sifat mengasihi dan menyayangi perlu dimiliki oleh seorang Muslim

2. Sifat rahmah dengan menyayangi dan mengasihi bukan hanya sesama Muslim sahaja malah juga kepada bukan Islam serta semua makhluk.

3. Sifat saling menyayangi dihubungkan dengan keimanan seseorang. Tidak sempurna iman jika kita tidak memiliki sifat rahmah kepada sesama makhluk.

4. Suburkanlah sifat rahmah dengan saling sayang menyayangi bukan hanya sesama Muslim malah berlaku rahmah kepada bukan Islam dalam usaha menyebarkan dakwah. Semoga sifat rahmah yang kita tunjukkan akan menjadi penyebab mereka cenderung kepada Islam.

5. Sifat kasih sayang yang ada pada diri seseorang akan menghindarkannya daripada menganiaya atau menzalimi orang lain.

02hb Mac 2019
25hb Jamadil Akhir 1440H

Search