News

Pelbagai kemudahan asas telah dibangunkan di Beting Maro - Hj Razaili

PUSA: Pelbagai kemudahan asas telah dibangunkan di kawasan Beting Maro untuk kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut.
Jelas ADUN Beting Maro, Hj Razaili Hj Gapor, beliau juga telah merancang pelbagai kemudahan untuk manfaat semua penduduk kampung.
Semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat hari ini, beliau menegaskan pelbagai fitnah akan dilemparkan oleh pihak pembangkang kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui medan sosial menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Dalam hal ini, beliau menegaskan hanya GPS yang dapat menjaga kebajikan rakyat Sarawak sambil menyeru penduduk di Kampung Batang Maro agar bersatu padu dan tidak berpecah belah.
Tambah Hj Razaili, projek berasaskan buah kelapa telah dirancangkan di Kampung Batang Maro bagi meningkatkan sumber ekonomi penduduk setempat.
Beliau juga menyeru penduduk untuk mempelajari selok belok perniagaan atas talian bagi memudahkan urusan perniagaan dilakukan dengan lebih berkesan. – EDISI UKAS

Search