18 OKTOBER 2022
Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako, Kuching bagi menghadiri Majlis Tertinggi Parti PBB jam 3 petang ini. Beliau diiringi dua Timbalan Yang di-Pertua Parti, Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Agung Parti PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Naib Yang di-Pertua Parti PBB, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Julaihi Narawi. Hadir sama, Naib Yang di-Pertua Kanan parti, Dato Sri Fadillah Yusof.