News

"Semarakkan Pesta Ibadah di Bulan Ramadan".

Ahli Parlimen Batang Lupar YB Mohamad Shafizan Haji Kepli hadir majlis ilmu, Forum Perdana Khas Ramadan yang bertemakan "Semarakkan Pesta Ibadah di Bulan Ramadan".
Hadir sama ialah Adun Beting Maro YB Haji Razaili Gapor Pusat khidmat N29 Beting Maro.
Forum dikendalikan oleh Ustaz Mohd Farid Johari selaku moderator yang menampilkan dua panel iaitu Ustaz Affandi Ismail dan Ustaz Soafian Mohamed Nahar.
Program berjalan lancar seusai solat sunat Tarawih dengan kehadiran jemaah yang memberangsangkan.
Semoga dengan asbab hadir ke majlis ilmu ini kita semua terus diterangkan hati untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat buat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Search