News

Kekalkan Perpaduan Kaum Di Sarawak

PUSA: Perpaduan yang ada di Sarawak harus kekal utuh bagi mengelakkan perpecahan antara kaum.



Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohammad Shafizan Kepli berkata, Sarawak amat bertuah kerana mempunyai pelbagai kaum dan bangsa yang saling hormat-menghormati dalam meraikan sesuatu perayaan. 

“Masyarakat di luar Sarawak amat memuji kepelbagaian kaum di negeri ini kerana masyarakatnya aman, damai serta saling hormat menghormati.

“Saya berharap agar perpaduan ini terus utuh, terus mengekalkan perpaduan di antara kita serta mengelakkan perpecahan antara kaum,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Beting Maro-Zon Beladin, Pusa pada malam Khamis. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor menyeru agar penduduk di kawasan Zon Beladin menjadi sebuah masyarakat Madani dengan meningkatkan jati diri yang tinggi, mempunyai pegangan agama yang kuat dan dicontohi masyarakat luar.

Search