KHAMIS, 7 OKTOBER 2021
BATANG LUPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razali Gapor bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dengan kerjasama Kuching Food Aid (KFA) menyerahkan sebanyak 150 pek bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro pada Rabu.
Bercakap ringkas di dalam program tersebut, beliau berkata bantuan tersebut diserahkan melalui badan bukan kerajaan (NGO) Kuching Food Aid dan ABIM mewakili ADUN Beting Maro kepada lima buah rumah panjang dan beberapa penduduk di Kampung Tambak Pusa.