ISNIN, 06 DISEMBER 2021
PUSA: Calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) – Gabungan Parti Sarawak (GPS) Beting Maro, Razaili Gapor telah mengadakan perjumpaan khas Ranting PBB – GPS Kampung Beladin, Pusa pada Sabtu
.
Perjumpaan itu bertujuan bagi merangka gerak kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 dan memperhalusi gerak kerja Ranting PBB-GPS di Kampung Beladin, Pusa.
Sementara itu, terdapat sembilan Ranting PBB- GPS telah pun bergerak aktif serta telah bersiap siaga menghadapi PRN Sarawak kali ini disamping memastikan GPS menang besar di Beting Maro.
Selain itu, beliau turut memohon penduduk di kawasan Beting Maro memberi sokongan yang besar serta memberi mandat kepada Ketua Menteri untuk menerajui Sarawak demi pembangunan serta masa depan Sarawak.
“Banyak pembangunan yang di bawa oleh Mantan YB ADUN Beting Maro terutama Jambatan Batang Saribas, Jambatan Rimbas, Pusa.Ianya memberi Impak yang tinggi kepada penduduk di sekitar Daerah Pusa,” katanya.
Sehubungan itu, K10- JR ujarnya perlulah berusaha bersungguh lagi dalam masa terdekat terus menghubungi pengundi dan Ranting PBB GPS di Kampung Beladin perlulah memberi sokongan penuh kepada Calon GPS Beting Maro kerana calon juga berasal daripada Kampung Beladin dan Beladin merupakan kampung yang terbesar serta dihuni pengundi yang paling ramai dalam Beting Maro.
Tambah beliau, Ranting PBB- GPS perlulah melakukan gerak kerja yang mantap, untuk mengekalkan dan memastikan proses PRN ke-12 berjalan dengan baik.-EDISI UKAS