30 Mei 2022
Dewan Kg Beladin dan 31 Mei 2022 di Dewan Kg Kalok telah berlangsungnya Ramah Tamah Aidilfitri dan Sambutan Pra Gawai Peringkat DUN N29 Beting Maro.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Tadbir Khas kepada YAB Premier Sarawak iaitu Tn. Hj Helmi dan ADUN N29 Beting Maro YB Tn. Hj Razaili Gapor.
Dalam majlis tersebut ADUN N29 Beting Maro telah menyampaikan sumbangan kepada JKKK kampung dan rumah panjang, rumah ibadah, PIBG, Persatuan - persatuan, NGO, PAWE, PEWARIS, Klinik kesihatan dan beberapa buah lagi kelab - kelab yang berada dalam kawasan Beting Maro dan sekitarnya. Keseluruhan sumbangan yang telah disampaikan ialah sebanyak RM317,000.00
Beliau berharap supaya sumbangan yg di berikan itu dapat membantu perjalanan aktiviti dan program yang telah di rencanakan.
Beliau juga mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf zahir dan batin kepada semua penduduk dikawasan Beting Maro. Tidak lupa juga beliau mengucapkan Selamat Ngintu Gawai kepada para penduduk di rumah panjang yang meraikannya.
Semoga 2 perayaan ini dapat menyatukan kita rakyat Sarawak kini dan selamanya.
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai