AHAD, 17 OKTOBER 2021
BELADIN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor telah membuat lawatan kerja bagi meninjau Projek Naik taraf Jalan Pesisir (Beladin-Spinang) pada Sabtu.
Projek tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak tanpa menggunakan dana daripada kerajaan pusat.
Dalam pada itu, jalan pesisir merupakan jalan utama yang menghubungkan Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Saribas, Pusa yang kini sedang giat dilaksanakan.
Dengan lengkap keseluruhan pembinaan, ianya memberi impak yang baik kepada penduduk tempatan kerana ianya menjadi jalan utama serta mudah untuk pergi ke kawasan bandar.
ADUN Beting Maro turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati mengunakan jalan tersebut kerana kerja naik taraf sedang dilaksanakan.-EDISI UKAS