PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Uban Itu Kebaikan
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ فَإِنَّهُ نُورُ الْمُسْلِمِ مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا حَسَنَةً وَكَفَّرَ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً وَرَفَعَهُ بِهَا دَرَجَةً
Dari 'Amru bin Syu'aib dari bapanya dari datuknya, dia berkata; bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jangalah kalian mencabut uban, kerana sesungguhnya ia adalah cahaya bagi seorang muslim, barangsiapa tumbuh padanya sehelai uban di dalam Islam maka dengannya Allah akan menuliskan untuknya satu kebaikan, menghapus darinya satu kesalahan dan mengangkatnya dengan satu derajat." (HR Ahmad No: 6668) Status: Isnad Tsiqah.
Pengajaran:
1. Hargailah setiap anugerah Allah kepada kita.
2. Rambut beruban (metalik) semula jadi adalah anugerah kebaikan kepada setiap Muslim yang memilikinya.
3. Uban yang tumbuh tidak perlu dicabut kerana ia adalah cahaya seorang Muslim di hari kiamat.
4. Uban yang tumbuh di kepala, pada setiap helai Allah akan menulis untuknya satu kebaikan, menghapus darinya satu kesalahan dan mengangkatnya dengan satu darajat.
Orang yang beruban rambutnya kerana menjalankan ketaatan kepada Allah SWT, dia memiliki keutamaan.
08hb Februari 2019
03hb Jamadil Akhir 1440