News

GPS perihatin.. Petugas-petugas Pusat Khidmat DUN Beting Maro memunggah barangan bekalan makanan untuk dibungkus sebelum diagihkan kepada penduduk di kawasan berkenaan pada hari ini. Difahamkan, fasa seterusnya pengagihan bantuan bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak COVID-19 adalah di kampung batang maro dan kampung tambak.Syabas ADUN Beting Maro Razaili bin Haji Gapor..

PUSA: “Kita bersedia bertindak mengikut situasi,” itu jaminan Adun Beting Maro Razaili Gapor terhadap rungutan rakyat di kawasannya yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan. Katanya, perkembangan dari semasa ke semasa akan sentiasa diteliti.

PUSA: Sedikit nilai ‘kebebasan’ yang diberikan kepada guru dan pelajar ternyata membawa impak yang sangat besar terhadap kemenjadian yang diterjemah melalui keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Penolong Kanan SMK Pusa Kulana Nansi berkata, sekolah itu tersenarai dalam 22 sekolah yang mencapai keputusan STPM 2019 yang sangat memberangsangkan iaitu mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) melebihi 2.80.

BAKAT dan kemampuannya di gelanggang mula menjadi perhatian dan dianggap berbisa.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa Fakrurrazi Julaihi menjadi tonggak utama skuad sepak takraw Majlis Sukan Sekolah-sekolah Bahagian (MSSB) Betong kategori 18 tahun ke bawah (18TKB) disifatkan sebagai atlet muda dalam pembikinan bagi mengharumkan nama Bumi Kenyalang di pentas lebih besar.

Search