JUMAAT, 19 NOVEMBER 2021
PUSA: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar), Datu Ik Pahon Joyik telah mengikuti Program Tranformasi Luar Bandar bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro anjuran Jabatan Hutan telah diadakan di Dewan
Kampung Tambak, Pusa pada Khamis.
Program tersebut bertujuan bagi membangunkan pengusaha kecil dalam bidang mengeksploitasikan hasil hutan khususnya dalam perusahaan gula apong dan gula nipah.
Difahamkan, pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Fakulti Teknologi Development In Apong telah memberikan khidmat nasihat bagi projek ini.
Dalam program berasingan, Datu Ik Pahon juga telah melakukan lawatan kerja sama di kawasan Kabong.
Dalam lawatan tersebut beliau sempat mengunjungi tempat pemprosesan gula apong di Kampung Perpat bersama rombongan serta melihat kaedah pemprosesan gula apong oleh pekebun kecil di kawasan tersebut.-EDISI UKAS