JUMAAT, 22 OKTOBER 2021
PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor telah merasmikan Kursus Asas Akuakultur anjuran Jabatan Perikanan Laut Sarawak pada Jumaat.
Kursus tersebut telah berlangsung selama tiga hari di Kampung Hulu Beladin, Pusa.
Difahamkan, 14 kolam udang telah beroperasi serta menghasilkan pendapatan yang tinggi dan juga dapat melahirkan ramai lagi usahawan penternak udang kolam di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, ADUN Beting Maro telah menyampaikan bantuan alat sokongan ternakan bernilai RM19,000 seorang kepada lima orang peserta penternak kolam udang.
Manakala, seorang peserta yang berjaya menghasilkan produk tempatan iaitu keropok lekor dengan bantuan peralatan ke arah pertanian organik di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) Tahun 2021 daripada Jabatan Perikanan Laut Sarawak.
Sementara itu, ADUN Beting Maro menzahirkan ucapan terima kasih kepada peserta yang telah mengikuti kursus tersebut dan berharap akan melahirkan ramai lagi yang berjaya dalam penternakan udang kolam terutama kepada belia di kawasan ini.- EDISI UKAS