News

KUCHING: Timbalan Ketua Wanita II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilantik sebagai Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Perkara itu diumum oleh Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB merangkap Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Pergerakan Wanita Parti PBB di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako, hari ini.
Sementara itu, Rohani ketika diminta mengulas pelantikan itu berkata, beliau dilantik sebagai Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri pada Mei lalu.
“Ia merupakan lantikan peringkat negeri, menjalankan tugas-tugas khas termasuk di luar bandar untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu.
Menurut Rohani, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, sebelum ini, maka pergerakan terbatas melainkan hanya memberi tumpuan kepada agihan sumbangan makanan kepada masyarakat luar bandar.
“Saya akan melaksanakan tugas itu setelah menerima arahan daripada Pejabat Ketua Menteri dan saya juga sudah mula bergerak pada minggu lalu, iaitu di peringkat Persekutuan,” katanya sambil menambah lantikan itu satu penghormatan buat wanita.
 
 

BELADIN...
|Hidangan seperah unik di kampung nelayan
|Rumah besar, ruang tamu luas

 
Saya terima arahan dari YB Razaili Gapor, bagi yang mohon #rayuan bantuan khas sarawakku sayang (BKSS), kitak orang boleh isik secara online....mun orang x pande gisik on line...boleh isik dalam borang hantar ngan kamek di pusat khidmat beting maro.@Watsapp 01115902753.Borang boleh di print secara online,di pusat khidmat beting maro pun ado juak..Untuk Makluman semo warga beting maro...tarikh last gisik borang rayuan adalah 28 april 2020!!!!!!#peringatan.Harap maklum.

Search