PUSA: Sedikit nilai ‘kebebasan’ yang diberikan kepada guru dan pelajar ternyata membawa impak yang sangat besar terhadap kemenjadian yang diterjemah melalui keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Penolong Kanan SMK Pusa Kulana Nansi berkata, sekolah itu tersenarai dalam 22 sekolah yang mencapai keputusan STPM 2019 yang sangat memberangsangkan iaitu mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) melebihi 2.80.