PERSATUAN Pengadil Bola Sepak Sarawak dengan kerjasana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Beting Maro akan menganjurkan Kursus Pengadil Kelas Tiga.
Menurut jurucakap penganjur, ia akan dikendalikan oleh Penolong Pengerusi Pengadil Sarawak Marsid Dahalan bersama rakan-rakannya yang berpengalaman.
Kursus akan diadakan bermula 28 sehingga 30 Mac bertempat di Dewan al-Amin Beladin.
Yuran RM100 dikenakan yang mana turut merangkumi kos penyediaan dua set baju, bayaran peperiksaan, kelengkapan pengadil serta nota kursus.
Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat untuk mendalami ilmu kepengadilan dalam sukan bola sepak boleh menghantar nama beserta yuran kepada pihak penganjur sebelum atau pada 8 Mac 2019.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut diminta untuk berhubung terus dengan M. Shafizan (01119884696), Nazarul (0136464445) dan Osman Sari (0198890686).
Kursus ini terbuka kepada semua.