News

Kerajaan sedia pelbagai kemudahan untuk bantu para nelayan

PUSA: Kerajaan telah menyediakan kemudahan untuk para nelayan seperti rumah mampu milik yang akan siap tidak lama lagi di tanah Rural Growth Centre (RGC) Beladin.
ADUN Beting Maro, Razaili Gapor menjelaskan penyediaan rumah mampu milik itu usaha Kerajaan Negeri untuk membantu para nelayan di kawasan ini.
Katanya, pelbagai kemudahan serta bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada golongan nelayan di negeri ini termasuk di Beladin yang merupakan Kampung Melayu dan nelayan yang terbesar di negeri Sarawak.
Beliau berkata demikian semasa Program Pemimpin bersama rakyat (Ranting Kubena PBB) di Kampung Hulu Beladin semalam.
Sehubungan itu, Razaili mengingatkan penduduk di kawasan itu untuk bersatu hati, jangan berpecah belah antara satu sama lain dan terus memberi mandat kepada Kerajaan Sarawak (GPS) pada PRN akan datang.
Tegasnya, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari ikhlas membantu masyarakat di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Daerah Pusa dan ini dapat dilihat melalui perubahan dari segi pembangunan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri di kawasan Beting Maro. – EDISI UKAS

Search