News

Semai Semangat Cintakan Negara Untuk Kekal Harmoni

PUSA: Program Sambutan Hari Malaysia adalah bagi memperingati pembentukan negara Malaysia meliputi negeri Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
Berucap dalam Program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kampung Beladin di Pusa pada Rabu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata dengan pembentukan negara yang memiliki pelbagai etnik dan budaya masa kini, semangat cintakan negara perlu disemat di dalam jiwa agar Malaysia bertambah aman dan harmoni.
Dalam pada itu, beliau menyeru penduduk di kawasan Kampung Beladin untuk bersatu hati, mengekalkan perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka.
Beliau berharap penduduk kampung tersebut memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.
Program yang diadakan tersebut bermula dengan akiviti senamrobik, pelepasan konvoi belia dan pemuda PBB ke daerah Kabong oleh ADUN Beting Maro dan pertandingan mewarna kepada warga emas serta Wanita PBB kampung itu. -EDISI UKAS

Search