PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor hari ini meluangkan masa menyertai Program Ziarah Kasih untuk mendekati masyarakat di kawasannya .
Pada lawatan itu, beliau telah melawat seramai 16 warga emas yang terpilih di Kampung Tengah Beladin, Pusa dan Kampung Hulu Beladin, Pusa serta memberi sumbangan khas kepada mereka yang memerlukan.
Program selama sehari anjuran Pusat Khidmat Beting Maro itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara wakil rakyat dan penduduk kampung Beladin. – EDISI UKAS