News

Penduduk Kampung Sepinang Terima Sumbangan Daripada ADUN Beting Maro

PUSA: Keperluan untuk penduduk di Kampung Sepinang mempelajari ICT amat penting bagi membantu usahawan tempatan memperkenalkan produk masing-masing.
Untuk itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor, berkata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu memperkasakan peranan dalam mengatur program dan menyelesaikan isu yang timbul di peringkat akar umbi.
Semasa berucap dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat (Ranting PBB Kampung Spinang) pada Sabtu, beliau memberitahu dengan pembukaan pusat pengumpulan buah kelapa nanti beliau berharap penduduk memanfaatkan kemudahan sedia ada untuk meningkatkan ekonomi dan produk yang dihasilkan.
Dalam majlis tersebut beliau telah meluluskan peruntukan berjumlah RM6,000 kepada JKKK Kampung Spinang dan RM3,000 untuk Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Spinang.
Selain itu beliau turut menyumbangkan beras kepada 61 K10 ranting PBB di kawasan Ranting Kampung Spinang. -EDISI UKAS

Search