News

ADUN Beting Maro Menyantuni Penduduk Kampung Tengah Beladin dan Kampung Hilir Beladin, Pusa

PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor turun padang menyantuni masalah rakyat dalam Program Ziarah Kasih Bersama YB, di sini, hari ini.
Inisiatif beliau menjalankan program berterusan itu dapat melihat sendiri permasalahan dalam kampung selain berkongsi langkah Kerajaan Negeri mewujudkan pelbagai bentuk bantuan kepada penduduk setempat.
Dalam masa yang sama beliau turut menyantuni 25 orang warga emas dan menziarahi pesakit terlantar di Kampung Tengah Beladin dan Kampung Hilir Beladin, Pusa.
Pada kesempatan itu Razaili telah menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. -EDISI UKAS

Search