PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkesempatan menyantuni seramai 23 warga emas semasa Program Ziarah Kasih di Kampung Semarang, Pusa pada Isnin.
Selain melihat keadaan warga emas, Razaili turut memberitahu pelbagai inisiatif Kerajaan kepada golongan sasar serta menyeru JKKK dan Ranting PBB Kampung Semarang agar terus aktif dalam menjejaki mereka yang memerlukan bantuan.
Ujarnya, inilah masa yang sesuai untuk pemimpin di peringkat akar umbi membantu penduduk yang memerlukan bantuan dan usaha ini mestilah diteruskan oleh ranting PBB di Kampung Semarang agar nasib golongan memerlukan dapat dibela.
Program tersebut anjuran Pusat Khidmat Beting Maro bersama JKKK Kampung Semarang dan Ranting PBB di Kampung Semarang. - EDISI UKAS