News

JKKK, Ranting PBB Perlu Aktif Bantu Golongan Sasar

PUSA: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ranting PBB Kampung Pusa diseru memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan di kawasan tersebut.
Menurut ADUN Beting Maro, Razaili Gapor, JKKK dan Ranting PBB merupakan pemimpin di peringkat akar umbi dan harus sentiasa bergerak agar permasalahan rakyat dapat diatasi dengan segera.
Ujarnya, JKKK Kampung juga mestilah memberitahu kepada golongan yang memerlukan bantuan ini bahawa Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat di kawasan ini.
Beliau memberitahu Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari sangat prihatin dan sentiasa mengutamakan keperluan rakyat di negeri ini.
Razaili menjelas demikian semasa menyantuni 25 warga emas dan pesakit terlantar di Kampung Hilir Pusa hari ini.
Jelasnya, program seperti itu akan diteruskan khususnya di Kampung Tengah dan Hulu Pusa agar usaha membantu golongan sasar tercapai. – EDISI UKAS

Search