News

ADUN Beting Maro santuni golongan memerlukan di Pusa

PUSA: ADUN Beting Maro, Razaili Gapor meneruskan inisiatif membantu golongan memerlukan menerusi program ziarahnya hari ini di Kampung Spinang, Pusa.
Dalam lawatannya itu, beliau memberi sumbangan kepada warga emas (pesakit terlantar), OKU dan pengidap kanser tulang di Kampung Spinang untuk meringankan beban ditanggung mereka.
Beliau juga memberitahu bahawa Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan yang memerlukan. – EDISI UKAS

Search