News

Pengguna Jalan Pesisir Diingat Patuhi SOP Ditetapkan

Rabu, 6 Januari 2021

PUSA: Pengguna jalan pesisir diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Ia ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor semasa lawatan dan pemantauan beliau di Feri Batang Saribas hari ini.

Ketka ditemui, Razaili memberitahu pihak JKR telah bertugas memantau pergerakan Operasi Feri Batang Saribas mengikut SOP yang sepatutnya di mana hanya pemandu sahaja yang berada di dalam kereta manakala penumpang perlu keluar dari kereta dan berjalan kaki masuk ke dalam feri untuk menjamin keselamatan.

Katanya, Feri Batang Saribas juga menyediakan jaket keselamatan untuk penumpang yang berada di dalam feri. – EDISI UKAS

Search