RABU, 6 JANUARI 2021
PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor hari ini meluangkan masa menyantuni sembilan warga emas dan seorang remaja yang menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis di Kampung Batang Maro.
Beliau juga turut menyumbang bantuan kewangan dan bakul makanan bagi meringankan beban mereka.
Kesempatan itu juga digunakan Razaili untuk meninjau dan melihat permasalahan di kawasan itu yang perlu diambil tindakan seperti sistem perparitan dan keadaan jalan utama.
Dalam pada itu, penduduk setempat berterima kasih kepada Razaili kerana sudi menghulurkan bantuan. – EDISI UKAS