News

Loji Rawatan Air Di Beladin Akan Dinaiktaraf

JUMAAT, 5 MEI 2023

BETONG: Loji rawatan air di kawasan Beladin akan dinaiktaraf supaya masalah ini tidak akan berlaku lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, beliau sentiasa berusaha memastikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan Beladin khususnya ketiadaan bekalan air bersih.

“Kawasan kita menghadapi masalah utiliti iaitu masalah air dan elektrik namun tetapkan diri sentiasa bersyukur kerana kekurangan ini sentiasa menjadi perhatian daripada pihak kerajaan untuk ditangani.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Beladin Peringkat Beting Maro di Dewan Masyarakat Beladin, Pusa pada Rabu.

Search