▪︎ Tetamu khas Ahli Parlimen Batang Lupar YB Mohamad Shafizan Haji Kepli.
▪︎ Turut hadir memeriahkan majlis ialah isteri YB Haji Razaili, Hajah Aisyah Rohani Nahar, Pemangku Pegawai Daerah Pusa Bujang Ladi, Ahli Majlis Daerah Betong (MDB) Kaunselor Rosli Uji, Pemanca Daerah Pusa Awang Raziee Awang Mohd, ketua-ketua jabatan, barisan ketua masyarakat dan ketua kaum serta pimpinan parti.
▪︎ Pelan pentadbiran baharu Daerah Pusa telah diluluskan - lebih luas untuk tambah komponen sesuai status daerah penuh.
▪︎ Di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), akan dibina kompleks sukan di Pusa dan projek tebingan sungai bermula di sebelah Kampung Pusa (kawasan Tanjung Pasir berhampiran medan selera).
▪︎ Menerusi dana RTP, Pusa bakal memiliki arena sukan berbumbung (gelanggang futsal).
▪︎ Di Kalok dibina pusat ekonomi.
▪︎ Ada cadangan penambahbaikan tempat berniaga di Pusa dengan rancangan mewujudkan pusat perniagaan baharu.