04.07.2023, Selasa
Alhamdulillah, Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Betong telah selesai .
Ahli Parlimen Batang Lupar YB Mohamad Shafizan Haji Kepli dan ADUN Beting Maro YB Haji Razaili Gapor [Pusat khidmat N29 Beting Maro] berpeluang meraikan kehadiran konvoi yang singgah di Daerah Pusa pada 30 Jun lalu.
Katanya, sambutan Sarawak Merdeka cukup bermakna dan sangat signifikan kepada rakyat di Bumi Kenyalang.
60 tahun yang dilalui dengan pelbagai rencah dan ramuan, telah menyediakan satu asas dan landasan yang kukuh untuk Sarawak lebih maju ke depan.
Bersandarkan slogan Sarawak Maju Makmur di bawah kepimpinan Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) diyakini dapat mengemudi wilayah ini agar terus maju.
"Saya mendoakan pasukan konvoi yang bergerak ke bahagian lain dipermudahkan urusan.
"Pastinya, semua tidak sabar menunggu tarikh keramat 22 Julai. Kita sayang Sarawak, kita intu Sarawak - untuk Sarawak Maju Makmur," katanya.