SABTU, 23 OKTOBER 2021
PUSA: Seramai 295 orang pelajar terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beladin telah menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Beladin, Pusa pada Sabtu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor turun padang untuk meninjau keadaan semasa di PVV tersebut sambil menerima vaksin dos penggalak.
Program tersebut mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan para pelajar serta beberapa orang guru juga terlibat dalam menjayakan program vaksinasi tersebut.
Sementara itu, para pelajar berasa amat bersyukur kerana telah mendapat suntikan dos pertama dan bersedia untuk suntikan dos kedua pada tarikh temujanji seterusnya.
Sehubungan itu, para pelajar menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana berusaha untuk memberi vaksin secara percuma demi kesejahteraan rakyat.-EDISI UKAS