63 PENDUDUK SERTAI KURSUS UMRAH DI BELADIN

KURSUS umrah yang diadakan di Kampung Beladin mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

Pengendali kursus Ustaz Hafizul Rasdi menerusi terbitan di laman Facebook peribadinya mengharapkan penganjuran kursus sebegini mampu membangunkan pendidikan agama dalam kalangan masyarakat.

"Semoga kursus ini memberi manfaat kepada semua peserta," katanya.

Sebanyak 63 peserta dibimbing dari hati ke hati mengenai pelaksanaan ibadah umrah oleh Ustaz Hasibullah Roslan dan Ustaz Hafizul Rasdi.

Kursus turut dijayakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan (JKP) surau dan pembantu di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro yang turut hadir dalam program sehari itu.

-OSMAN RAZALI & FOTO USTAZ HAFIZUL RASDI

Search