Previous Next

PERJALANAN SEORANG MUSLIM DAN TANGGUNGJAWAB - USTAZ AFFENDI

KIRA-kira 70 jemaah menghadiahkan masa untuk menghayati ceramah agama dalam satu majlis ilmu yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Kampung Tambak dan Jabatan Agama Islam (JAIS) Bahagian Betong, semalam.

Program ceramah yang disusun atur untuk mengisi jarak waktu antara Maghrib dan Isyak itu menampilkan pegawai dari JAIS Bahagian Betong, Ustaz Affendi Ismail dengan kupasan bertajuk 'Dari Mana Hendak Ke Mana'.

Beliau mengajak seluruh umat Islam menghayati bagaimana perjalanan setiap manusia di muka bumi ini.

"Sejak di alam rahim lagi kita disuruh untuk mentaati perintah Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W dan orang tua... kita di bumi yang sementara ini sebagai khalifah.

"Justeru, didiklah anak dengan ilmu yang bermanfaat kerana tanpanya kita sesat. Begitu juga menjaga tiang agama yakni solat agar tidak mudah terpedaya dengan kehidupan dunia semata-mata," katanya.

Affendi turut berkongsi firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang menyatakan 'sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman, beramal soleh, berpesan kebenaran dan kesabaran'.

-OSMAN RAZALI & FOTO SALIM SABIAN

Search