SELASA, 24 MEI 2022
KUCHING: Pembangunan infrastruktur pertanian mampu meningkatkan pendapatan penduduk di Beting Maro.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, cadangan kerajaan menubuhkan Lembaga Pembangunan Khas untuk industri nipah penting bagi memastikan ia terus berkembang dan memberikan pendapatan kepada masyarakat pesisir.
“Jadi, saya mohon kepada kementerian berkaitan supaya melaksanakan projek ladang nanas di Beladin, Pusa dan Sungai Lamun Tambak serta projek ladang kelapa di Semarang, Spinang dan Batang Maro,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi membahas usul penghargaan atas ucapan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau memohon Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak untuk membina anjung usahawan di RGC Beladin bagi menyediakan pusat perniagaan yang teratur sebagai tempat pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran produk tempatan.
“Saya mengesyorkan supaya anjung usahawan ini dilengkapi dengan infrastruktur digital bagi memudahkan usahawan menjalankan perniagaan atas talian,” ujarnya. -EDISI UKAS