KUCHING: Agensi Pembangunan Bersepadu Betong (BIDA) yang diumumkan baru-baru ini julung kali mengadakan mesyuarat pertamanya di sini, pada Khamis
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang dicadangkan sebagai pengerusi BIDA mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Dalam mesyuarat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar dan Saribas, Dato Gerald Rentap dan Mohammad Razi Sitam juga dicadangkan sebagai timbalan pengerusi.
Selain itu, antara yang turut hadir, Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat dan Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Abdul Karim, ADUN Beting Maro, Razaili Gapur, ADUN Krian, Friday Belik, ADUN Kalaka, Mohamad Duri, ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan ADUN Kabong, Mohamad Chee Kadir serta Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas.
Sementara itu, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, BIDA meliputi DUN Layar, Bukit Saban, Saribas, Beting Maro dan sebahagian daripada kawasan DUN Lingga, Kalaka dan Krian.
"Kami amat yakin kawasan BIDA akan mengalami pembangunan ekonomi sosial yang pesat termasuk pembangunan infrastruktur tidak lama lagi," katanya.
Tambah beliau, semua wakil rakyat terbabit merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang membuat keputusan untuk mewujudkan penubuhan BIDA.
Penubuhan BIDA merupakan salah satu daripada dua agensi baharu yang diumumkan Premier Sarawak semasa merasmikan penangguhan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini.
Agensi lain yang turut diumumkan ialah Agensi Pembangunan Delta Rajang dan kini Sarawak mempunyai lapan agensi pembangunan.-EDISI UKAS