PUSA:
Sebuah kilang pemprosesan akan dibina di Sungai Beras, Beladin dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan .
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, kilang tersebut akan memproses hasil pertanian seperti buah-buahan, terutamanya nanas dan kelapa dengan peruntukan sebanyak RM4 juta.
Menurutnya, pembinaan kilang itu kelak diyakini akan memberi impak positif kepada penduduk setempat sekali gus memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai pusat pertanian utama di rantau ini.
Razaili berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan bersama Ketua Ranting Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Wanita, Pemuda serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Beting Maro di Dewan Masjid Al Amin Beladin, di sini pada Khamis.
Selain itu, dalam ucapan sama, beliau memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak juga mengambil inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan di kawasan berkenaan dengan membina sebuah Pusat Hemodialisis.
Jelasnya lanjut, pusat tersebut akan dibina di Klinik Desa Beladin dengan peruntukan berjumlah RM5 juta.
Majlis ringkas anjuran Pusat Khidmat N29 Beting Maro itu turut dihadiri Pegawai Khas Pusat Khidmat Beting Maro Awang Sarbini Gapor, Setiausaha Cawangan PBB N29 Beting Maro Rosli Uji, Ketua Pemuda N29 Beting Maro Awang Shafarini Awang Sarbini, Penghulu Kampung Beladin Mahbang Labek, Penghulu Kampung Spinang, Semarang dan Beting Maro Musa Zin, Penghulu Zon Pusat Mahdi Kidi dan Ketua Wanita N29 Beting Maro Hajijah Lueng