JUMAAT, 12 JANUARI 2024
BETING MARO: Setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) perlulah merancang aktiviti sosial ekonomi di kawasan masing-masing untuk tahun 2024.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor, setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung mestilah mempunyai data dan profil kampung masing masing agar segala maklumat setiap isi rumah dapat dikenalpasti.
Justeru itu, KMKK/JKKK dengan kerjasama dengan pihak PEDi (Pusat Ekonomi Digital) berperanan dalam mengemaskini data, belajar tentang IT dan membantu penduduk kawasan bagi mengisi bantuan daripada pihak kerajaan.
“Tugas KMKK juga adalah bagi mengenalpasti masalah mahupun isu kawasan dan ianya perlu diatasi dengan baik,” katanya dalam Perjumpaan KMKK N 29 Beting Maro bertempat di Dewan Al Amin , Beladin, Pusa pada Khamis.
Mereka, perlulah bekerjasama dengan penduduk kampung, Badan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun agensi untuk melancarkan pentadbiran dalam sebuah kampung.
Hal ini kerana, perancangan projek yang akan dilaksanakan di kawasan KMKK sudah pasti akan menjadi projek kesejahteraan dan kehendak rakyat setempat.
Oleh itu, Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai kemudahan, insiatif untuk rakyat sarawak demi kesejahteraan dan kehendak rakyat terutama masyarakat di luar bandar.
Jelas Razaili lagi, KMKK perlu mengenalpasti golongan asnaf dikawasan masing-masing agar mereka tidak tercicir menerima bantuan daripada pihak kerajaan.
Hadir sama, Penghulu Kampung Beladin Mahbang Labek, Penghulu Zon Pusa Mahdi Kidi, Penghulu Semarang, Spinang, dan Beting Maro Musa Zin serta Ketua Kampung/Tuai rumah di Kawasan N 29 Beting Maro. -EDISI UKAS