BELADIN: Golongan nelayan di kawasan Beladin boleh menarik nafas lega selepas dibenarkan berpindah ke Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin sebelum sambutan Hari Raya tahun 2025 .
Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel sambil berharap isu tersebut dapat diatasi dengan segera bagi mengelak peningkatan kerosakan terhadap rumah yang terbiar lama tersebut hingga mengakibatkan peningkatan kos baikpulih.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Tapak Rural Growth Centre (RGC) Beladin dan Penempatan Semula Nelayan (PSN) Beladin pada Sabtu.
Difahamkan, terdapat 68 buah rumah PSN yang sudah siap dibina namun belum didiami sehingga penempatan tersebut rosak dan menjadi sarang masalah sosial dalam kalangan belia di situ.
Mengenai isu kekurangan pegawai polis di kawasan Beladin, Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah memberi jaminan akan berusaha untuk membincangkan perkara tersebut dengan pihak atasan.
Mengulas isu berbangkit lain, beliau memberitahu telah memaklumkan kepada Unit Permantauan Pelaksanaan Sarawak mengenainya untuk mencari solusi terbaik.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor yang turut serta dalam tinjauan tersebut berkata terdapat empat projek yang dilawati pihaknya bersama Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah.
Menurut beliau, projek Kompleks pendaratan ikan Beladin hampir 10 tahun pembinaannya namun sehingga kini belum beroperasi lagi sehingga banyak kerosakan yang telah berlaku.
Selain itu katanya, projek pusat penjaja RGC juga merupakan projek sakit di kawasan itu kerana hampir tiga tahun pembinaan namun belum beroperasi sehingga kini dan terdapat kerosakan pada bangunan tersebut.
Manakala isu penempatan pegawai polis di kawasan Beladin juga menjadi bualan masyarakat di situ kerana ianya tidak mencukupi dan perlu ditambah memandangkan kampung Beladin merupakan kampung Melayu terbesar di Betong serta mempunyai masalah sosial yang tinggi. - EDISI UKAS