BELADIN: Kursus Asas Akuakultur Ternakan Udang Marin di Beladin baru-baru ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Sarawak membantu meningkatkan sektor pertanian dan ternakan di negeri ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor, tahap pengeluaran bahan mentah dalam negara masih belum mencukupi dan beliau menggesa para belia mengambil peluang tersebut sebaik mungkin dengan melibatkan diri dalam industri penternakan.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penangguhan Kursus Asas Akuakultur Ternakan Udang Marin Dalam Kolam di Kampung Beladin hari ini.
Razaili Gapor menambah, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi membangunkan sektor pertanian dan akuakultur di kawasan DUN Beting Maro yang dikenali sebagai salah satu kawasan bakul makanan Sarawak.
Beliau yakin dengan adanya kursus seperti itu dapat menarik minat banyak masyarakat untuk menjadi pengusaha akuakultur. - EDISI UKAS