News

JUMAAT, 4 DISEMBER 2020

PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor petang tadi berkesempatan meluangkan masa menyantuni lapan warga emas dan pesakit terlantar di Kampung Tambak, Pusa.

Selain menyampaikan bantuan berbentuk bakul makanan, Razaili turut menghulurkan wang tunai bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Katanya, pemimpin akar umbi perlu menyampaikan maklumat kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan dapat segera disalurkan kepada mereka yang amat memerlukan.

Selain itu, program seperti itu katanya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dengan pemimpin peringkat akar umbi. – EDISI UKAS

Adun Beting Maro YB Haji Razaili Gapor yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBB bersama rakan-rakan meluangkan masa mengikuti Konvensyen Khas PBB Zon Selatan di BCCK yang dirasmikan oleh Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Search