1 KES POSITIF DILAPOR DI DAERAH SRI AMAN

Kes Ke-722 (Kes Import B)
Kes ini merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang bertugas dan menetap di Sri Aman sebagai seorang penjawat awam. Kes telah menjalani saringan rawak COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semasa tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA-2) setelah balik bercuti di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kes balik ke Kuala Lumpur pada 25 September 2020.

Ujian saringan rT-PCR COVID-19 yang telah dilakukan pada 3
Oktober 2020 dan keputusan pada 6 Oktober 2020 menunjukkan kes positif COVID-19. Kes telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas menjalani saringan COVID-19 pada 3Oktober 2020.

Kes juga pernah menjalani saringan secara rawak pada 24 Ogos 2020 semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuchingselepas pulang dari Kuala Lumpur tetapi keputusan ujian saringan rT-PCR kes adalah negatif. Kes tidak mempunyai sejarah ke luar negara atau melawat Sabah tetapi kes sering berulang alik ke Pahang melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.

Kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kes telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. Kes ini dikategorikan sebagai kes Import B yang berkemungkinan telah mendapat jangkitan semasa berada di Semenanjung Malaysia. Siasatan lanjut dan pengesanan semua kontak kepada kes ini masih dijalankan.

Search