Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama- ADUN Beting Maro

BELADIN: Setiap individu harus sedar akan peranan masing-masing dalam menjaga alam sekitar agar udara segar dapat di pelihara dan dinikmati dengan selesa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata persekitaran yang kotor akan memberi impak kepada penipisan lapisan ozon seterusnya kesihatan manusia.
Beliau berkata demikian dalam Program Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon dan Kesejahteraan Keluarga Sempena Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sarawak, hari ini.
Justeru beliau menyarankan Penduduk Kampung Beladin untuk sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar dan membuang sampah ke tempat yang di sediakan demi kesejahteraan penduduk di situ.
Melalui program ini, beliau berharap inisiatif menangani isu-isu penipisan lapisan ozon,pemanasan global dan perubahan iklim akan dapat dipertingkatkan sebagai usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Selain itu, turut dimaklumi isu Kampung Beladin yang memerlukan tempat pembuangan sampah yang lebih besar berikutan jumlah penduduk di Kampung Beladin yang sangat besar.-EDISI UKAS

Search