News

Mesyuarat Agung Tritahunan SABERKAS Cawangan Beting Maro. Syabas dan tahniah kepada mereka yang telah dilantik dan dipilih bagi Sesi 2020-2023. Hadir bersama adalah YB Tuan Haji Razaili Bin Haji Gapor (ADUN Beting Maro). Selamat BERBAKTI untuk SABERKAS.

PUSA: Adun Beting Maro Razaili Gapor menjemput dan mempelawa orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan Program Rindok Digital @Pusa yang akan berlangsung pada 7 sehingga 9 Februari depan di Dataran Tandang Sari.

Katanya, Pekan Pusa cukup bertuah kerana dipilih oleh Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) sebagai lokasi kedua penganjuran program Rindok Digital selepas Simunjan.

“Ini peluang terbaik untuk merapatkan silaturahim antara pemimpin Kerajaan Sarawak dan rakyat di Bahagian Betong amnya dan Daerah Pusa khususnya.

“Lebih mengujakan, pemimpin nombor satu Sarawak iaitu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka hadir merasmikan program.

“Beliau sekaligus turut menunaikan solat fardu Jumaat bersama muslimat di Masjid Rahmaniah,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.

Jelasnya, orang ramai diharap tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama kerana pelbagai pengisian disusun atur sepanjang tiga hari itu kelak.

“Banyak agensi kerajaan turun padang mengadakan pameran selain aktiviti-aktiviti lain yang cukup menarik,” ujarnya.

Selepas perasmian pada 7 Februari, Rindok Digital @Pusa akan diisi dengan pertandingan karaoke kategori bebas menerusi program Bakat Kamek @Pusa yang menawarkan hadiah keseluruhan RM1,200. Johan bakal membawa pulang RM500.

Selain itu pertandingan e-sukan (Mobile Legend) yang menyediakan hadiah keseluruhan RM2,900. Juara bakal membawa pulang

Search