Previous Next

KIRA-kira 70 jemaah menghadiahkan masa untuk menghayati ceramah agama dalam satu majlis ilmu yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Kampung Tambak dan Jabatan Agama Islam (JAIS) Bahagian Betong, semalam.

Program ceramah yang disusun atur untuk mengisi jarak waktu antara Maghrib dan Isyak itu menampilkan pegawai dari JAIS Bahagian Betong, Ustaz Affendi Ismail dengan kupasan bertajuk 'Dari Mana Hendak Ke Mana'.

KURSUS umrah yang diadakan di Kampung Beladin mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

Pengendali kursus Ustaz Hafizul Rasdi menerusi terbitan di laman Facebook peribadinya mengharapkan penganjuran kursus sebegini mampu membangunkan pendidikan agama dalam kalangan masyarakat.

Search